Wednesday 17 August 2011

mutiara pertama~~

Tidakkah engkau lihat bahawa malam ini bila telah sempurna kegelapannya pasti akan datangnya pagi hari dengan cahayanya..
 Seorang penyair berkata: Bila anda mengetahui bahawa sesungguhnya anda telah bersumpah demi waktu bahawa anda akan mendapatkan segala yang anda inginkan dalam segala urusan di setiap masa yang anda lalui. Lalu ia juga telah bersumpah akan memberikan apa pun yang anda sukai, maka pantas saja anda bersedih hati jika kehilangan setiap peluang yang tidak pernah tercapai.


 Jika anda telah mengetahui tabiat pengambilan dan pengembalian, pemberian dan pencegahan yang dilakukan  oleh hari-hari yang anda lalui dan bahawa hari-hari itu tidak pernah melupakan suatu anugerah yang telah diberikannya, melainkan dari anda dan memang demikianlah ketentuan dan tabiat masa terhadap semua Bani Adam, baik bagi yang tinggal di dalam istana mahupun yang tinggal di rumah sederhana, baik bagi orang yang telah meraih puncak keberhasilannya mahupun bagi orang awam yang sederhana hidupnya. Maka rendahkanlah nada kesedihan anda dan usaplah air mata anda. Kerana bukan hanya anda yang pertama kali terkena kesan racun zaman dan musibah atas diri anda bukanlah yang pertama terjadi dan dirakam dalam daftar musibah dan penderitaan.
    
berhentilah dari merenungi dosa, tetapi renunglah sifat yang baik sebagai penggantinya...

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.